• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON UTARA

TAIPING, 1 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Utara telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jelapang Jaya, Simpang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.

Lawatan tersebut melibatkan Encik Abdul Ghani bin Sulaiman yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak Disember 2025 dan isteri beliau turut mengalami masalah penglihatan akibat penyakit yang sama.

Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Taiping telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus sebanyak RM500 yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim.

Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM400 bagi meringankan beban perbelanjaan harian keluarga tersebut dan meluluskan Bantuan Perubatan bagi pembelian kerusi roda. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Encik Abdul Ghani dan keluarga.


MAIPk SERI ISKANDAR SALUR BANTUAN BINA RUMAH KEPADA ASNAF

SERI ISKANDAR, 31 Mac 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Cawangan Seri Iskandar terus komited dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terbela dengan menyalurkan Bantuan Bina Rumah kepada dua penerima di sekitar daerah ini. Bantuan tersebut melibatkan pembinaan dua buah rumah baharu dengan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM155,800.00.

Penerima bantuan ialah Puan Latipah binti Ishak yang menetap di Kampung Baru Bota dan Encik Syed Rahiman bin Syed Ghazali dari Kampung Parit 11, Titi Gantung. Kedua-dua penerima merupakan golongan asnaf yang memerlukan bantuan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk meneruskan kehidupan harian.

Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Seri Iskandar, AF Ustaz Fadzil bin Mustaffa. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAIPk dalam mengagihkan dana zakat secara efektif, khususnya dalam membantu golongan asnaf memiliki kediaman yang lebih sempurna.



TAJAAN LESEN PERCUMA MAIPk 2026 KINI DIBUKA!

Peluang keemasan untuk warga Perak meningkatkan kemahiran dan menambah pendapatan kini kembali!
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa anda untuk menyertai kursus tajaan lesen berikut:

✅ Lesen GDL Kelas E – Lori Kejur
✅ Lesen GDL Lori Treler – Bersendi

Tempat adalah TERHAD!

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan masa depan anda.

Hubungi kami melalui WhatsApp:
https://wa.me/60195711384

Mohon sekarang melalui :
https://bestari.maipk.gov.my/

Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga yang memerlukan!
 
Rebut peluang ini selagi masih dibuka!

TARIKH TUTUP: *20 APRIL 2026*


Wakaf

Wakaf bukan sekadar sumbangan, tetapi amal berterusan yang pahalanya mengalir tanpa henti.

“Dan mereka pula bertanya kepadamu, apakah yang mereka infakkan. Katakanlah, (dermakanlah) apa yang lebih daripada keperluan kamu.”
(Al-Baqarah: 219)

Ayuh berwakaf hari ini, demi kesejahteraan ummah dan ganjaran yang berkekalan di sisi Allah SWT.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.