• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

Salam Takziah

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya jua kami kembali."

Majlis Agama Islam dan ' Adat Melayu Perak (MAIPk)merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Shaiful Adli bin Abdul Rahim, mantan Pembantu Tadbir MAIPk yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 22 Ogos 2025 bersamaan 28 Safar 1447H.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.


Apakah Itu Harta Tidak Patuh Syariah?

Segala bentuk pendapatan atau hasil daripada transaksi yang bercanggah dengan hukum syarak.

Ada wang yang kelihatan banyak, namun jiwa tetap resah,
Ada harta yang tampak indah, namun mengikis nilai maruah,
Sedikit rezeki yang halal lebih menenangkan jiwa berbanding segunung harta yang tiada keberkatan,
Yang utama bukan pada jumlah yang digenggam, tetapi pada keberkatan yang menyuburkan kehidupan.


MAIPk TAJA 49 ASNAF KURSUS GAS PIPE INSULLATION MENGGUNAKAN DANA ZAKAT BERJUMLAH RM475,300

IPOH, 17 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) terus mengorak langkah dalam memperkasa kemahiran golongan asnaf melalui penganjuran program latihan industri.

Hari ini, seramai 49 orang peserta memulakan pengajian dalam Kursus Gas Pipe Insulation yang berlangsung selama 1 bulan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Jenagor.

MAIPk menyalurkan tajaan berjumlah RM9,700.00 bagi setiap peserta, yang meliputi yuran latihan, elaun sara diri dan elaun mula kerja. Secara keseluruhannya, jumlah tajaan yang disalurkan MAIPk bagi kursus ini adalah sebanyak RM475,300.00.

Kursus ini diharap dapat membuka peluang kerjaya yang lebih luas dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan, sekaligus memberi impak positif terhadap peningkatan taraf ekonomi peserta dan keluarga mereka.

MAIPk Taja 49 Asnaf Kursus Gas Pipe Insullation Menggunakan Dana Zakat Berjumlah RM475,300


Khidmat Mobile MAIPk Turun Padang sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Perak

Sambil kita raikan semangat kemerdekaan, MAIPk turut membawa khidmat komuniti terus kepada rakyat semalam. Pelbagai inisiatif disediakan termasuk:

✅️Perkhidmatan gunting rambut bergerak
✅️Baik pulih telefon pintar secara bergerak untuk memudahkan urusan komunikasi.
✅️Kaunter pertanyaan agihan zakat untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan bantuan zakat.

Nak dapatkan perkhidmatan gunting rambut di rumah?

WhatsApp/Call mereka untuk tempahan dan maklumat lanjut.

1) Fahim, Ipoh- 0165442995
2) Amira, Kuala Kangsar- 0125392712
3) Aini, Taiping- 0137637490
4) Azian, Enggor- 01156765621
5) Zulyana, Gerik- 0134034504
6) Anwar, Manong - 0132654880
7) Nasir, Bota- 0164330270
8) Ahmad, Kuala Kangsar -0192420079
9) Nadzmi, Semanggol- 0175761526
10) Hasnida, Ipoh- 0185702471
11) Noryanti, Kamunting- 01170767812
12) Johairi, Langkap -0109860278
13) Elmi, Teluk Intan -0135302013
14) Azlina, Gerik - 0135979378
15) Huda, Changkat Lada- 0138213079
16) Aina, Ipoh -0185792664
17) Zaizul, Ipoh -0185759210
18) Khairul, Enggor -0195114281
19) Azwani, Taiping -0175757351
20) Ainur, Kuala Kangsar - 0194005480
21) Diyana, Taman Pangkalan Timah -0196768552
22) Ahmad, Kamunting -01139383500
23) Emilya, Kg Gajah -01172928434
24) Hamiruddin, Kg Gajah - 0185775285
25) Zainal Abidin, Kg Gajah - 0175511870




TAJAAN LESEN PERCUMA MAIPk DIBUKA LAGI!

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa seluruh warga Perak yang ingin menambah pendapatan boleh mengikuti kursus:

✅Lesen GDL - Kelas D
✅Lesen PSV E-Hailing

Kursus dikendalikan oleh pusat memandu bertauliah:
⏩️Global City Driving Academy Sdn Bhd, Chemor
⏩️Pusat Latihan Memandu Cityipoh Sdn Bhd, Simpang Pulai
⏩️Institut Memandu Gabongan (Hilir Perak) Sdn Bhd, Teluk Intan
⏩️Modern E-Driving Centre Sdn Bhd, Batu Gajah
⏩️Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd, Taiping

Ayuh!! Tempat adalah terhad. Kongsi kepada yang berminat dan yang memerlukan. Hubungi kami melalui whatsapp:
https://wa.me/6019711384

Sila klik link berikut untuk membuat permohonan :

Lesen GDL - Kelas D : https://forms.gle/My3cfxR5XmCSNQicA

Lesen PSV E-Hailing : https://forms.gle/piSUX4dxLPsdhKit9

Jangan lepaskan peluang kedua yang masih terbuka ini !!!



 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.