ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON UTARA
TAIPING, 1 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Utara telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jelapang Jaya, Simpang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.
Lawatan tersebut melibatkan Encik Abdul Ghani bin Sulaiman yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak Disember 2025 dan isteri beliau turut mengalami masalah penglihatan akibat penyakit yang sama.
Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Taiping telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus sebanyak RM500 yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim.
Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM400 bagi meringankan beban perbelanjaan harian keluarga tersebut dan meluluskan Bantuan Perubatan bagi pembelian kerusi roda. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Encik Abdul Ghani dan keluarga.








